saya sering membeli tanpa berfikir sebelum ini. saya tidak pernah plan pembelian saya. i have the checklist only if it really necessary or untuk mengelak kan saya lupa apa yang mau di beli. saya biasa nya akan beli apa yang saya mau tanpa memikir dalam-dalam sama ada saya perlu kan nya atau tidak. saya lihat. saya berkenan lalu membeli nya. tapi itu dulu. semasa saya di tanggung sepenuh nya oleh sang bapa. tapi kini, untuk membeli sebatang pen pun membuat kan saya berfikir sepuluh kali sama ada perlu atau tidak. hairan kan? kenapa ya? sebab saya takut duit makin berkurang. alasan bodoh. di kotak minda saya sering terfikir, kalau tiada duit, minta ja la macam biasa. tapi saya akan berfikir kembali, apa guna nya saya bekerja jika masih mau menyusah kan sang bapa? sampai bila saya harus menjadi tanggungan mereka? dan kerana itu saya memutus kan untuk tidak pernah meminta duit daripada mereka. setakat ini, sudah dua bulan saya tidak meminta wang daripada bapa. rasa nya itu sebab utama senyuman bapa menjadi semakin manis. tapi harus di akui, saya la guru termiskin dalam golongan guru-guru di bukit garam ini. teman-teman masih punya beriban-riban dalam saving account mereka. sedang kan saving account saya ibarat hidup segan mati tak mau. saya sendiri bingung ke mana semua duit-duit itu pergi. pelik kan? mungkin ia punya sayap sendiri dan pergi terbang ke mall meninggal kan saya. komputer riba saya pula buat tahi dengan tuan sendiri. setelah lima tahun perkhidmatan nya dengan saya, ia mulai membuat hal. ada sahaja yang rosak. virus jangan di tanya. guna kaspersky yang original pun tak jalan juga. biasa la barang lama. suka buat hal. maka saya terpaksa mengorban kan wang simpanan yang sepatut nya di gunakan sebagai wang muka untuk membeli ride saya. terpaksa di tangguh lagi kerana komputer riba jauh lebih penting. sedang kan saya masih mampu menaiki bas mini ke mana pun saya mau. kalau setakat untuk ke bandar sandakan, teman baik lagi akrab seangkatan dengan saya, pyan, masih mampu menghantar saya. terima kasih kepada dia. mungkin saya patut membuat muka simpati yang paling comel di depan sang mama. mungkin dia mau menolong menambah duit saya barang seK dua untuk membeli komputer riba. berhenti berharap please zila. rabu ni saya CRK teman kau pigi sandakan ya, yan. kerja? jangan risau. semua nya hampir beres. soalan exam budak sudah saya siap kan juga. yang tinggal cuma mau menyetel kan buku kedatangan sahaja. berbalik kepada soalan exam tadi, wajib ka untuk membuat JSU (jadual spesifikasi ujian)? kalau tidak, kira nya kerja saya sudah siap. tapi jika perlu, terpaksa la saya bersengkang mata menyiap kan nya.
hari itu dia tanya apa yang saya sibuk kan?
saya jawab sibuk memikir kan ketembaman pipi saya yang semakin menjadi-jadi.
dia berkata lagi bahawa saya tidak jaga makan.
sebenar nya saya bukan tidak jaga makan. tapi kehidupan di sini semakin membahagia kan saya. kenapa? saya sendiri tidak punya jawapan kukuh untuk soalan itu.
p/s: pelik kan hidup? orang makin besar makin banyak mau nya. teringat masa zaman kecik-kecik dulu bila dapat duit raya rm50, terasa bagai dunia ana yang punya. sekarang ni rm50 ibarat rm1. sekelip mata habis.