Saturday, May 15, 2010

ini efek dari real mineral water dan dua kapsul primrose...jangan baca

karya agung seorang suri (suri anak tom cruise yang bermaksud bunga ros penjaga syurga, bukan suri rumah, ok)

aku suka tulis melayu sekarang. sebab aku sebilik dengan guru bahasa melayu yang english nya tak kurang hebat. kau ada? tiada kan. aku tau.


biar pun seorang lelaki itu di anggap hebat, tapi kalau satu part di mata perempuan tu dia kurang hebat, semua nya jadi tak hebat. ok, ini kata kawan baik di staff room tadi. part mana yang dia tidak hebat? part di mana kau tidak tau menghargai rasa aku. hati aku. jiwa aku. apa guna? baik pulang rumah dulu belajar macam mana cara treat perempuan. apa kau rasa kalau satu hari kau di buat exactly macam yang kau buat aku sekarang. sakit bukan? TIDAK. sadis sayang. sedih? kirim salam. aku bukan perempuan pengecut yang akan menangis untuk lelaki yang unworthed macam kau. ok, aku mengaku aku menangis bila call bapa ku cerita pasal kau. then bapa ku just ketawa-ketawa atas kebodohan anak bongsu tunggal nya yang belum kawin. aku tau benar apa di benak nya. 'anak ku gila mau kawin sebab royan kawin nya datang balik. satu sebab sahaja. dia bosan hidup sendiri. mungkin juga dia perlu kan vakasi.' ok, tipu part yang akhir. aku yang beharap lebih sang bapa dengan rela hati akan memberi sedikit peruntukan untuk aku pergi bercuti tenang kan fikiran sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tiba. kalo kau mau harap aku, aku memang teda duit. cukup-cukup untuk beli komputer riba. balik kepada persoalan atas tadi. aku cukup belak dengan sikap kau belakangan ini. biar pun bila kau jadi begitu kau cukup comel dan buat aku teruja untuk cuba memiliki mu. lepas tu aku fikir balik. buat apa? aku bukan budak hingusan sekolah menengah yang suka kejar-kejar lelaki macho sebab ingat diri tidak cukup comel. jadi tepaksa kejar. aku tau memandu. kalau mau kejar pun, cari la yang sepemanduan dengan aku. at least manusia yang tekan pedal minyak sehingga enjin menderum dan meter mencecah 140km/j. sory. silap. itu terlalu laju untuk pemanduan di sini. karang ada yang terbunuh. enough merapu. apa yang setiap perempuan mau kan ialah bahagia. aku pun perempuan juga. hati ku cukup lembut. cukup sensitif. cukup senang berbunga. bial aku tidak text kau 5 hari then suddenly kau text aku sekadar tanya buat apa, hati ku berbunga penuh dengan orkid liar dan bunga sebesar raflesia gergasi. kenapa orkid liar? aku suka gila. kau ingat senang ka mau jumpa orkid liar. mama ku menangis masa tengok orkid hutan nya mati sebab terlebih air suatu ketika masa dia sedang sihat walafiat mampu menanam pelbagai jenis bunga sampai halaman rumah ku orang ingat nursery bunga. tiap kali teman-teman sekolah datang ke rumah, pasti ada saja yang akan minta anak pokok bunga. bayar la!!! ingat ini pusat kebajikan bunga ka? ya, hati ku cepat berbunga. tengok la betapa cukup perempuan aku ni. bila orang kacau sikit tentang kau dan aku, muka ku dengan senang nya kemerah-merahan aka blushing. senyuman ku semanis madu lebah liar yang sarang nya terletak nun tinggi di atas sana. perumpamaan yang berlebih-lebihan. aku tau. lepas tu kau dengan gedik nya suka kacau aku bila di sana hanya tinggal kita berdua dan anak-anak. sebab kau cukup tau lidah ku akan di curi kucing dan aku tidak bisa berkata apa-apa. kau pula makin suka menyakat. nakal. aku suka bila kau nakal. rasa macam mau cubit dan gigit kau sepuas nya. kau tau aku suka cubit anak-anak kan. bahagia. ingat senang ka mau bahagia? tapi untuk bahagia kan aku cukup senang. kau masak sedap-sedap bagi aku makan pun mampu buat aku bahagia sepanjang menjamah nya. lepas tu rasa bahagia itu akan hilang sebab aku baru tersedar kau telah menambah kalori di badan ku yang makin bertambah beberapa pounds. hilang bahagia timbul duka. bila malam kau text aku 'nite...sweet dream'. bahagia. aku tidur mimpi yang indah-indah. indah? mana pernah. aku menipu ja tu. aku mimpi sekali ja. itu pun cukup merapu. dan bila kau text aku 'morning' seawal 4.50 pagi, aku cukup bahagia dan berterima kasih. kenapa? sebab kau kejut kan aku sembahyang subuh. alhamdulillah. solat subuh aku hari ini. aku minta kau buka hati dan mata mu dulu. aku tau kau pernah di lukai. aku pun juga. tapi aku belajar untuk terima kenyataan bahawa tidak semua padang rumput nya gersang dan banyak belalang nakal. kalau kau tidak cuba untuk ke padang itu, mana kau tau padang itu rumput nya segar dan serangga nya indah. mana kau tau padang tu sebenar nya punya bunga-bunga unik yang colorful gila yang kau suka dan boleh petik bawa pulang ke rumah untuk mama mu. mana kau tau bila berada di padang tu, kau boleh dengan gembira nya berlari-lari kejar anak-anak kucing comel gebu mata bulat colorful bulu lebat macam parsi yang paling mahal di dunia. mana kau mau tau jawapan nya kalau kau tidak berani mencuba. tidak berani untuk membuka hati kau. tidak berani untuk melangkah. tidak berani untuk meluah kan sedang kan kau tau padang itu tidak bertuan. mana kau tau kalau kau cukup takut untuk terluka lagi. mana kau tau padang tu berduri. mana kau tau padang tu empuk. mana kau tau padang tu mungkin boleh buat kau selesa kalau kau terus-terusan tutup pintu hati kau, tapuk diri kau. tipu jiwa kau. ya, kau tipu jiwa kau kalau kau cakap kehadiran ku sikit pun teda buat hati mu berbunga. sudah lah. aku penat untuk berkias. kau sendiri tau apa isi hati ku. kawan mu sudah bilang dengan kau lama dulu kan. ya, betul la tu apa yang mereka sampai kan. kau tidak perlu rasa rendah diri biar pun aku agak tinggi. aku tau aku cukup hebat untuk mana-mana homo sapien pun. kau harus akui itu. serius ni.

kesimpulan entry ini, kau suka aku ka tidak wahai Mr.Lanjut Usia? aku penat betul sudah main tarik tali. your so-called hide and seek/hot and cold game ni. macam aku nda laku pula mau menanti bulan jatuh ke riba sedang kan banyak lagi bulan-bulan dari planet lain yang dengan senang nya mau jatuh ke riba ku. sedang kan riba ku damba kan bulan mu juga. bukan senang mau buka hati ku yang lama sudah tertutup untuk manusia bergelar arjuna ni.

siapa mau bilang aku muka tembok, sila kan. ada aku kisah?