izin kan aku menulis sebuah entry yang agak melo sedikit. sebab cuaca agak buruk di luar dan aku menjadi sedikit sedih. bukan sedikit. tapi agak banyak. aku baru siap menangis dengan mama tadi.
ya. aku amat cengeng belakangan ini. menurut kawan-kawan baik, aku perlu berjumpa psychologist. aku dengan senang nya menangis atas benda-benda kecik kalau yang mau di ikut kan sekadar watak 3 saat dalam hidup ku. aku akui itu. aku seolah-olah mengalami masalah dalaman. tapi buat pengetahuan kawan-kawan baik, aku sebelum ini sudah punya sesi beberapa kali dengan psychiatry. ya. aku buka lagi rahsia kotor kecik (dirty little secret) tentang hidup ku. kalau kau perasan aku memang sedikit psycho. hahahaha...nda ba. aku di paksa dan di heret atas sebab-sebab tertentu yang tidak sepatut nya aku cerita kan di sini. aku mudah terganggu emosi sekarang ini. bercakap dengan kedua manusia paling indah di dunia, Hj.Marsden dan isteri nya tentang hari-hari ku di bukit garam ini boleh mengalir kan air mata ku. dalam seminggu ini, aku sudah menangis sebanyak 4 kali. sebab nya? macam-macam. rasa macam aku bukan kepunyaan sini (i'm not belong here). ini bukan tempat ku. kenapa? sesetengah manusia sini punya sikap yang paling jahanam. macam bukan orang dewasa. sedang kan kamu jauh (nda la jauh betul) lebih tua dari aku. kamu sepatut nya menjadi pembimbing aku. bukan mematah kan semangat ku dengan cakap-cakap bodoh bangang orang teda sekolah yang macam kamu selalu buat. aku nda pernah rasa mau menangis di sekolah. tapi hari ni air mata ku keluar juga di staff room tadi. nda adil nya hidup ni. mungkin aku punya dosa yang agak besar dulu sehingga Tuhan uji aku sebegini berat. nda la berat betul. cuma aku agak emo sedikit. banyak la. keadaan ini membuat kan aku buka mata kenapa kak A, kak L, kak R dan beberapa orang lagi kakak-kakak lebih prefer tidak ambil pot dengan orang lain. mereka hanya bergaul sesama mereka. apa yang menghairan kan aku ialah aku tidak ambil tau hal hidup dorang yang tidak seghairah hidup ku pun, tetap juga aku hari-hari jadi bahan umpatan mereka. mana silap aku? kalau kau jeles aku cantik dan seksi dari kau, apa kata kau pun pakai la mekap tebal, foundation 5 inci kain terbelah sampai paha. aku sekadar pakai eyeliner, lipstick merah vintage, bedak muka johnson baby dan baju kurung yang kain nya tidak la sampai ke paha tebelah nya. tadi sebelum mama letak fon, sempat lagi berpesan 'jangan la suka menangis meng. nampak betul meng nda kuat. teda juga kurang nya meng kan kalau dorang nda berenti becakap. mama nda mau dengar orang menangis kalau becakap di fon. mama mau dengar meng ketawa ja macam besa nya. ini kali-kali sudah menangis'. memang teda yang kurang ma. tapi benda tu efek kerja saya ma. tidak dapat concentrate. sungguh kejam mereka terhadap aku. sampai sekarang aku masih tertanya di mana silap ku.
aku delete seorang teman dari frenlist muka buku ku. baru perasan itu teman yang pernah menaruh perasaan dengan aku satu ketika dulu. tapi aku menolak mentah-mentah sebab aku agak kurang gemar dengan lelaki yang menyimpan apa-apa perasaan terhadap aku. biar aku yang suka kau dulu. tengok sejauh mana hati ku mau kau. tapi dia kini seorang engineer dan telah mendiri kan rumah tangga. sedang menanti kelahiran anak sulung nya. Alhamdulillah. seorang teman sudah bahagia. aku delete kau sebab segan kau tengok hidup ku yang tidak sebest hidup mu. takut nanti kau ketawa dan cakap 'padan muka mu zila. dulu aku suka kau, kau nda mau'.
hal-hal lain- tadi ketemu ustaz saiful. menurut beliau, aku seorang yang:
1. becakap ikut suka ku
2. sensitif
3. attention seeker
4. kalau hati ku cakap mau itu, itu la juga tu
5. berjiwa rock
6. suka warna hitam
(macam semua pula kena dengan aku cekuali yang num 3. aku attention seeker ka? kawan baik, sila jawab)
menurut kawan-kawan baik, aku seorang yang:
1. cantik
2. sexy
3. bijak pandai
4. ayu
5. penuh kewanitaan
6. baik lagi menawan hati
tapi...........................................
CENGENG
p/s: kalau kau mau benci aku lepas baca entry ni, rasa meluat sebab aku telampau perasan, peduli apa aku? ada aku kisah?
pi es: kau harus akui aku lagi cantik dari kau..=p