aku rasa Tuhan jauh dari aku.
silap.
aku yang jauh dari Tuhan.
sebab Tuhan tu sentiasa ada. bukan tau tinggal kita. cuma aku ja yang selalu jadi hamba nya yang lalai. aku kadang-kadang lupa bersyukur dengan nikmat Nya. bila ada benda jadi, aku nda tau mau blame siapa, aku secretly akan blame DIA kurang sayang dengan aku. DIA sayang orang lain lebih. pada hal aku yang kurang sayang kepada Nya. bila nikmat di beri, baru sedar DIA masih sayang aku. macam sekarang ni aku rasa jauh dari Nya. jangan di tanya kenapa. aku penat tanya sudah. dulu aku tanya kenapa DIA ambil dia dari aku sedang kan DIA cukup tau isi hati ku. sebab cukup tau la, DIA tau aku nda kan bahagia hidup dengan nya. sebab cukup tau apa yang terbaik untuk ku, DIA sering hadiah kan aku tangisan. sering hadiah kan aku kesakitan. aku pernah terfikir orang kafir sama juga ka bahagian yang DIA beri kan? maksud ku, sama juga ka sakit yang DIA hantar? aku malas fikir. takut ada akidah yang goyah. aku kan manusia lemah, walaupun aku la makhluk Nya yang paling seksi, seksi sekali. aku tau DIA sayang aku jauh dari bapa sayang aku.
untuk seketika ni aku minta KAU bless orang sekeliling aku. terutama kedua orang tua ku. aku mohon di panjang kan umur mereka sebab currently tiada orang yang mampu jaga aku. aku nda punya siapa-siapa untuk berpaut hati dan perasaan. beri kan aku peluang untuk membahagia kan mereka selayak-layak nya mereka di bahagia kan oleh ku setelah puas membahagia kan aku sehingga sekarang. jangan di biar aku sendiri mengharungi hidup. aku tidak cukup besar dan aku tidak kuat. aku juga bukan Wonderpet. aku sailormoon yang sudah hilang kuasa bulan nya lama dulu. sebab tu aku sering minta kekuatan MU demi kekuatan ku. aku mohon KAU jawab doa-doa mereka terutama sekali kalau yang bersangkut paut soal jodoh ku..;p
mama sering meminta ku untuk buka hati lately. macam pyan pula. aku tau dia cukup kenal aku untuk tau hati ku tertutup untuk rasa itu. seperti kemarin mama bilang cukup lengkap hidup ku kalau sudah ada yang bersedia mau kan ku. apa yang lebih menyedih kan, mama bilang mama nda kan lama untuk tunggu jodoh ku sampai. apa tah lagi kalau mau tunggu hati ku betul-betul terbuka. kaum nya mengajar aku perkataan serik ma. aku di minta untuk memohon dari MU. tapi kadang-kadang aku malu untuk minta dari KAU sebab aku tau aku cari KAU bila perlu dan derita. aku cuba untuk jadi makhluk MU yang taat pada perintah. aku nda boleh janji kerana takut nda tertunai. itu lebih sadis.