lihat lah wahai calon-calon mertua ku betapa cukup perempuan anak ini...
mari bicara tentang aktiviti harian ku sepanjang beberapa hari di rumah menikmati cuti sekolah ini. (tolak tepi hari aku gatal sangat mau bejalan)
besa nya pagi ku akan di mula kan dengan tidur semula selepas subuh..haha..aktiviti yang indah dan hanya akan bangun apabila mendengar teriakan big mama menyuruh aku bangun. 'meng bangun meng. jam berapa sudah ini? bapa dari tadi lagi menunggu breakfast sama-sama. bapa masak mihun ni'.
kemudian akan mengemas bilik. kemas rumah. wah cukup wanita aku ini. selepas itu...tidak. aku tidak mandi. belum lagi. aku on komputer riba dan akan online selama beberapa minit untuk melihat what's everyone up to dalam muka buku. oh..comel sikap ku ini. aku tau.
sekitar jam 11 aku akan ke dapur untuk menyedia kan lunch buat kami bertiga. buat masa ini mood ku di dapur agak baik. maka lunch kami setakat ini cukup menyelera kan. pasti ramai yang tidak percaya aku tau masuk dapur. sebenar nya aku memang pandai memasak. aku seolah-olah di lahir kan di dapur. kau sebut sahaja mau makan apa. kalau semua nya ada di fridge, pasti permintaan mu tertunai. alangkah bahagia nya mana-mana lelaki yang dapat memperisteri kan aku. woha!!! bikin panas ni perempuan. setelah siap memasak baru la aku akan mandi. itu pun setelah beberapa kali di bebel oleh sang bapa yang menunggu untuk berjemaah. kami hanya akan makan apabila tiga-tiga sudah berada di meja makan. indah bukan hidup di rumah? ada ka hidup di rumah mu seindah hidup di rumah ku, wahai calon mertua?
petang ku? usah di tanya. setelah puas mengexplore semua channel yang ada di astro, jika tiada yang berkenan petang ku akan di habis kan di bilik dua orang manusia paling indah di dunia untuk tidur. seperti berada di syurga rasa nya. nyaman. semasa mereka berdua tea-time, aku akan menyambung lagi peniduran ku di bilik sendiri. di harap semua teman-teman sekerja dan anak-anak didikan ku tidak terkejut jika mendapati kechubbyan pipi ku agak bertambah. tidur petang itu menyeronok kan sekali. kerana tuntutan tanggung jawab untuk mendidik di waktu petang, aku tidak dapat membuat aktiviti ini di bukit garam. baru tadi abang man menyindir betapa sebam nya mata ku. jangan risau para calon mertua. aku masih comel walau pun agak berisi.
sebelum maghrib biasa nya sekali lagi aku akan menyibuk kan diri untuk menyedia kan makanan dinner. untuk dinner aku hanya menyedia kan makanan yang simple-simple sahaja. sebab dari bilangan tiga, mungkin hanya satu atau dua sahaja yang makan. yang penting muka ku pasti ada di meja makan. oh..berapa ka berat ku kini? dan sebelum maghrib juga aku bertugas sebagai pak guard yang akan menutup semua tingkap-tingkap dan switch on semua lampu-lampu yang ada. biasa nya waktu-waktu begini hanya akan tinggal aku bersama sang mama di rumah kerana sang bapa akan ke surau. aku akan pasti kan tingkap di bilik di tutup juga lalu menspray ridsect. petang-petang memang banyak nyamuk. untuk mengelak kan nyamuk-nyamuk itu dari menggigit big mama dan aku yang sexy. mungkin lama sudah sang bapa tidak fogging kawasan rumah. dia agak busy belakangan ini. kesian sungguh dia. penyayang nya aku terhadap dua manusia paling indah. ya para calon mertua, aku pasti akan menyayangi mu seperti mana aku menyayangi kedua makhluk Tuhan paling indah ini.
bila malam menjelma, seawal jam 9 malam aku akan bertapa di bilik ku. banyak aktiviti akan di jalan kan selain online. contoh nya membaca kembali twilight saga atau pun novel-novel cinta yang kebanyakan nya berakhir dengan happy ending yang agak masuk akal. walau pun ada yang mencecah 30 kali aku khatam. tapi sepa boleh resist karya-karya dorothy koomsen. oh...lihat para calon mertua betapa aku cinta membaca. pasti bakal cucu mu juga cinta membaca.
hanya apabila malam agak lewat aku akan bersiap-siap untuk tidur. sebelum tidur akan ku pasti kan bed sekemas yang mungkin. ini untuk memasti kan aku bakal bermimpi yang indah-indah. tapi sayang. aku hanya bermimpi di kejar hantu atau bertarung dengan penjahat. sangat tidak menguja kan. setelah itu, aku akan menghantar text 'nite' kepada dia. kadang-kadang berbalas. kadang-kadang tidak. tapi sudah dua malam aku tidur tanpa khabar dari dia. ada ka jari nya patah semasa terlalu asyik menaip keyboard komputer kerana terlalu asyik online?
wahai calon-calon mertua ku, apa tunggu lagi? jangan lah pinang aku. biar ibu nya seorang yang meminang aku..:p
p/s: baru teringat english paper 2 anak-anak didikan belum siap bertanda. analysis item mohon jangan di tanya ya.