hari ini ketemu teman lama yang dari kecik sama-sama main kejar-kejar sambil lap hingus, Hairul Nizam Joes. apa yang menarik nya dia juga kawan dani. mereka sama-sama orang tablik. yang lebih menarik lagi dia menjemput untuk hadir ke upacara solemnization nya bersama tunangan tersayang shanti minggu depan. dorang couple since sekolah menengah lagi. best kan? jeles nya. ya. aku jeles. aku kan ada bilang hidup ku sekarang ni di kelilingi teman-teman yang sedang jaga anak sakit, sedang mengandung, sedang melangsung kan perkahwinan, sedang bertunang-tunangan, sedang berkasih-kasihan. setakat ini belum ada lagi terjumpa kawan yang masih single. cekuali teman-teman di bukit garam. itu pun boleh bilang dengan jari sebelah saja. tidak ramai dan sangat sikit.
kawan baik selama nya, yusri alfian dan cik fizzy sedang di lamun cinta. jari kedua-dua manusia ini sudah putus dan tidak mampu untuk menaip sms apa lagi mau buat fon call. jauh sekali. masuk hari ini, sudah 3 hari fon ku tidak berbunyi. dia juga sudah putus jari. atau mungkin juga fon nya di curi monyet. cute sekali. teringat janji pyan dan fizzy dulu yang tidak mahu berkahwin selagi aku tidak di temu kan dengan arjuna. cukup comel. tapi bodoh. ini kerana takut aku akan mengganggu malam-malam mereka sebab lonely. sial punya reason. kalau mau tunggu begitu tidak tahu bila agak nya mereka akan berkahwin. sebab buat masa terdekat ini rasa nya aku tidak mungkin akan commit dengan mana-mana lelaki. bukan tidak mahu. cuma..........menanti. faham?
aku senang dengan penantian. kalau boleh mau terus kahwin juga. malas mau bercinta lama-lama. serik. cukup serik. percintaan empat lima tahun tidak mungkin menjanji kan apa-apa. aku lebih gemar pada lelaki yang tidak mengukir janji di bibir tapi membukti kan nya melalui perbuatan. itu jauh lebih hebat. kalau boleh cukup lah kenal hati budi masing-masing secara basic. selebih nya kita kenal selepas kahwin. boleh bermain hide and seek bawah katil dan dalam selimut terus. kalau tidak pun, main hot and cold sambil belajar resepi baru di dapur. indah banar. woha!!! sot. perlu-perlu.
semua seluar tiada lagi yang muat. terpaksa keluar dengan mengena kan skirt panjang. oh...penuh kewanitaan. ayu sekali. bapa semakin lebar senyuman nya melihat aku yang pandai menjaga aurat sekarang. paling penting, tidak lagi meminta beli dengan nya. seluar size 4 tidak lagi muat. levi's size 26 dan 27 juga tidak mampu menampung tumbesaran pantat dan paha yang semakin menjadi-jadi. alasan untuk beli seluar baru. haha...kadang-kadang kelihatan seperti seorang ibu yang sedang di awal kandungan. lengan yang besar dan perut juga yang sedikit berisi. jika tidak memikir kan diri yang masih anak dara sunti, pasti aku juga turut risau. bangang.