belakangan ini saya kurang selera makan. jika dulu sehingga pukul 10 malam masih kelihatan saya mengunyah cookies atau apa saja, sekarang tidak lagi. sejak pulang ke sini, sudah beberapa malam saya tidak makan malam. bukan sahaja di sini, sebenar nya perkara ini telah bermula sejak di rumah lagi. lately banyak benda dalam minda. hidup seakan memcaci dan mencerca saya. di datang kan pelbagai dugaan yang agak dahsyat sehingga boleh mendatang kan ketidakwarasan kadang-kadang. namun jika di banding kan dengan permasalahan orang lain, ia nya tidak la berat mana.
cuma masalah-masalah saya ini lebih menguji keimanan dan kesabaran sebagai seorang manusia. lebih menguji dalaman saya. memerlu kan jiwa yang kuat untuk menghadapi nya. dan saya memang kuat. kuat makan hati. kuat pendam. dan kuat pekik bila sudah tidak tahan. saya tahu banyak yang menyangsi kan kebolehan saya di alam pekerjaan. bagi mereka saya hanya bimbo yang tahu pasal lelaki. tapi mereka lupa bimbo ini 4 tahun belajar second language acquisition. mereka tidak tahu saya terlebih dahulu membaca siri Enid Blyton dari cerita pak pandir. mereka tidak tahu saya lebih dulu belajar mengeja apple instead of epal. tolong jangan pertikai bidang tugas saya. sudah saya bilang berkali-kali, masing-masing orang punya cara nya tersendiri. dan saya bukan la guru yang exam-oriented orang nya. apa yang penting ialah anak-anak mampu menanam bahasa asing itu dalam jiwa mereka. saya mohon sekali lagi, beri lah saya peluang untuk jatuh cinta pada kerjaya ini. jangan la patah kan semangat saya dengan benda-benda remeh tapi bisa meruntun jiwa seperti ini.
saya dan bapa juga tidak seakrab dulu. rasa nya kami berdua banyak memendam dan berkecil hati antara satu sama lain. saya terasa begitu jauh dari nya. hanya sesekali terasa dekat dengan wallet nya. itu pun hanya ketika dia mencuba untuk membeli jiwa saya. saya orang nya sangat sensitif. terutama dengan mereka yang begitu dekat di hati saya. rasa begitu sukar untuk tidak lagi bermanja dengan nya seperti dulu. tapi terlalu sukar buat saya untuk menjadi seperti dulu. akan sentiasa terngiang-ngiang "you're not his favourite". mungkin saya agak kebudak-budakan. mungkin juga Tuhan memberi saya peluang untuk menjadi dewasa atas apa yang terjadi.
mungkin.